Friday, January 15, 2010

Minggu ini minggu yg meletihkan. Bermula Isnin hingga Khamis mesyuarat setiap hari. Selasa malam kelas tambahan. Rabu malam mesyuarat PIBG. Khamis pulak sejurus habis mesyuarat bergegas hantar bonda ke klinik temujanji dia. Berita baik tekanan darah dan gulanya okey, tapi masih kena jaga makan.
Hari ni Jumaat, sambutan Maal Hijrah di sekolah. Kelam kabut rasanya menguruskan beberapa perkara yg terlepas pandang yg sepatutnya dihantar hari ni. Esok Sabtu, kursus kepimpinan pengawas dan ketua kelas.
Ahad, aku tak pasti lagi....... apa-apa pun aku akan hadapinya dengan tabah. Insyaallah. Semoga ilahi memberikan aku kekuatan dan keimanan yg kukuh serta ketabahan yg kuat dlm menghadapi hari-hari yg mendatang........

No comments:

Post a Comment